Persatuan Bahasa Melayu dan Kesenian dengan kerjasama Syarikat Jakel mengadakan
program khidmat masyarakat iaitu sumbangan kepada pelajar dan penduduk asnaf yang layak
menerima zakat. Persatuan ini mengambil tanggungjawab untuk membantu dan meringankan
beban warga Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya (KTEPJ) terutamanya para pelajar yang kurang berkemampuan.

Objektif Program :

1. Menjalankan tanggungjawab sosial dan khidmat bakti kepada warga KTEPJ.
2. Memupuk semangat muhibah dalam kalangan ahli persatuan ini.
3. Melahirkan perasaan prihatin dalam diri ahli-ahli persatuan terhadap rakan-rakan yang kurang berkemampuan.
4. Melahirkan sikap prihatin dan nilai kemanusiaan terhadap kesusahan hidup orang yang memerlukan.

Reach us on WhatsApp
1