PENDAFTARAN PELAJAR SEMESTER 1 2025/2026
- Semua pelajar perlu membawa dokumen asal dan salinan yang disahkan seperti yang dimaklumkan dalam surat tawaran. Dokumen-dokumen ini ialah :
- Surat Tawaran Kemasukan Semester 1 2026
- Keputusan SPM
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Surat Berhenti Sekolah
- Semua urusan pendaftaran secara atas talian. Dengan demikian, semua pelajar dibenarkan untuk membawa telefon bimbit untuk memudahkan urusan pendaftaran.
- Semua pelajar perlu berpakaian formal yang kemas dan sopan. Kemeja T, seluar jeans serta pakaian yang singkat dan ketat tidak dibenarkan sama sekali.
- Pemilihan pakej mata pelajaran dan penempatan kelas akan dijalankan pada hari pertama pendaftaran.
- Semua urusan pertukaran Sekolah/KTE perlu diuruskan oleh pelajar sendiri sebelum tarikh lapor diri pada 10 Jun 2025. Tatacara pelaksanaan proses pertukaran Sekolah/KTE adalah seperti berikut:
- Semakan tawaran Tingkatan 6 di di pautan https://sst6.moe.gov.my
- Cetak Surat Tawaran.
- Bawa Surat Tawaran ke Pejabat Pendidikan Daerah yang ingin dipohon.
- Mohon Surat Tawaran baru ke Sekolah/KTE yang ingin dipohon.
- Bawa Surat Tawaran baru ke Sekolah/KTE baru pada tarikh lapor diri – 10 Jun 2025.
- Semua urusan pertukaran jurusan akan dilaksanakan dalam minggu pertama persekolahan mulai 12 Jun 2025. Hanya pelajar yang menerima tawaran ke jurusan Sains dibenarkan bertukar ke jurusan Sains Sosial.
- Masa persekolahan untuk minggu pertama pendaftaran ditetapkan seperti berikut:
10 Jun 2025 (Selasa)
9:00 pagi hingga tamat Taklimat Pendaftaran
11 Jun 2025 – 12 Jun 2024 (Rabu dan Khamis)
7:20 pagi hingga 2:00 petang
13 Jun 2025 (Jumaat)
7:20 pagi hingga 12:30 tengah hari
- Pelajar boleh membeli makanan di kantin mulai hari pertama persekolahan.
- Pelajar tidak dibenarkan meletak kereta di dalam kawasan kolej kerana tempat yang terhad.