Surat pekeliling ikhtisas ini memaklumkan pelaksanaan Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial bagi Guru dan Murid.

Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 11 Tahun 2023 telah ditambah baik dari SPI Bil 3 Tahun 2017 Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru dan Murid dikuatkuasakan 23 Jun 2017 rentetan daripada isu kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan penyalahgunaan media sosial dalam kalangan guru dan murid.

Penyediaan Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial bagi Guru dan Murid bertujuan mengelakkan penyalahgunaan media sosial yang membawa kepada pelbagai keburukan terutamanya dalam penyebaran fitnah dan perkongsian maklumat yang kurang tepat.

Ihsan dari JPN Johor
Reach us on WhatsApp
1