PENDAFTARAN PELAJAR SEMESTER 1 2025/2026

  • Semua pelajar perlu membawa dokumen asal dan salinan yang disahkan seperti yang dimaklumkan dalam surat tawaran. Dokumen-dokumen ini ialah :
    • Surat Tawaran Kemasukan Semester 1 2026
    • Keputusan SPM
    • Kad Pengenalan
    • Sijil Kelahiran
    • Surat Berhenti Sekolah
  • Semua urusan pendaftaran secara atas talian. Dengan demikian, semua pelajar dibenarkan untuk membawa telefon bimbit untuk memudahkan urusan pendaftaran.
  • Semua pelajar perlu berpakaian formal yang kemas dan sopan. Kemeja T, seluar jeans serta pakaian yang singkat dan ketat tidak dibenarkan sama sekali.
  • Pemilihan pakej mata pelajaran dan penempatan kelas akan dijalankan pada hari pertama pendaftaran.
  • Semua urusan pertukaran Sekolah/KTE perlu diuruskan oleh pelajar sendiri sebelum tarikh lapor diri pada 10 Jun 2025. Tatacara pelaksanaan proses pertukaran Sekolah/KTE adalah seperti berikut:
  1. Semakan tawaran Tingkatan 6 di di pautan https://sst6.moe.gov.my
  2. Cetak Surat Tawaran.
  3. Bawa Surat Tawaran ke Pejabat Pendidikan Daerah yang ingin dipohon.
  4. Mohon Surat Tawaran baru ke Sekolah/KTE yang ingin dipohon.
  5. Bawa Surat Tawaran baru ke Sekolah/KTE baru pada tarikh lapor diri – 10 Jun 2025.
  • Semua urusan pertukaran jurusan akan dilaksanakan dalam minggu pertama persekolahan mulai 12 Jun 2025. Hanya pelajar yang menerima tawaran ke jurusan Sains dibenarkan bertukar ke jurusan Sains Sosial.
  • Masa persekolahan untuk minggu pertama pendaftaran ditetapkan seperti berikut:

10 Jun 2025 (Selasa)

9:00 pagi hingga tamat Taklimat Pendaftaran

11 Jun 2025 – 12 Jun 2024 (Rabu dan Khamis)

7:20 pagi hingga 2:00 petang

13 Jun 2025 (Jumaat)

7:20 pagi hingga 12:30 tengah hari

  • Pelajar boleh membeli makanan di kantin mulai hari pertama persekolahan.
  • Pelajar tidak dibenarkan meletak kereta di dalam kawasan kolej kerana tempat yang terhad.
Reach us on WhatsApp
1