Program Jelajah Seminar Kenegaraan MADANI

PETALING JAYA, 17 Julai - Pada hari ini telah berlangsungnya Jelajah Seminar Kenegaraan MADANI yang dianjurkan oleh YADIM Negeri Selangor bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya. Program yang dihadiri oleh pelajar-pelajar dari...

KTEPJ Tiada Asrama

Pihak pentadbiran KTEPJ ingin memaklumkan kepada umum bahawa tidak menyediakan kemudahan asrama.
Motto Kolej

MEREALISASIKAN KEUNGGULAN

BERITA SEKOLAH
Program Jelajah Seminar Kenegaraan MADANI

Program Jelajah Seminar Kenegaraan MADANI

PETALING JAYA, 17 Julai - Pada hari ini telah berlangsungnya Jelajah Seminar Kenegaraan MADANI yang dianjurkan oleh YADIM Negeri Selangor bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya. Program yang dihadiri oleh pelajar-pelajar dari...

read more
KTEPJ Tiada Asrama

KTEPJ Tiada Asrama

Pihak pentadbiran KTEPJ ingin memaklumkan kepada umum bahawa tidak menyediakan kemudahan asrama.

read more
BARISAN PENTADBIR KOLEJ

Salam Sejahtera kepada semua pelajar, ibu bapa, dan warga sekolah Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya.

Saya berasa sangat teruja untuk menyambut anda semua ke laman web baru Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya. Laman web ini membolehkan kami untuk berhubung dengan pelajar dan ibu bapa dengan lebih mudah dan menyampaikan maklumat penting dengan lebih efisien.

Sekolah ini mempunyai sejarah yang panjang dan kejayaan yang kukuh, dan saya berharap bahawa melalui laman web ini, kita dapat meningkatkan lagi kecemerlangan akademik dan pembangunan diri para pelajar.

Kami menawarkan pelbagai program akademik dan ko-kurikulum untuk memastikan bahawa setiap pelajar dapat mencapai potensi mereka yang tertinggi dan membina kemahiran untuk masa depan yang cemerlang.

Oleh itu, saya mengalukan semua warga sekolah untuk mengambil peluang dari segala kemungkinan yang ditawarkan oleh Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya dan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam semua aspek kehidupan.

Terima kasih atas sokongan anda semua dan semoga berjaya dalam segala usaha kita.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

PUAN HAJAH ROS BINTI LIZAN
Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya

Puan Hajah Ros binti Lizan

Puan Hajah Ros binti Lizan

Pengetua cemerlang

Puan Hanim binti Salleh

Puan Hanim binti Salleh

PK KANAN

En Sivaraman A/L MATHAVAN

En Sivaraman A/L MATHAVAN

PK HEM

Puan Nurizah Binti Nasir

Puan Nurizah Binti Nasir

PK Kokurikulum

PAUTAN APLIKASI
LENCANA KOLEJ

Putih

Melambangkan kesucian dan ketulenan hasrat yang menjadi asas pendidikan di kolej ini

Biru

Melambangkan perpaduan yang terjalin dalam kalangan warga kolej.

Motto Kolej

MEREALISASIKAN KEUNGGULAN

Warna Merah

Melambangkan cinta terhadap kolej, kepimpinan yang jitu ke arah merealisasikan keunggulan kolej

Warna Jingga

Melambangkan kreativiti, keseronokan bekerja, kesungguhan dan kemesraan yang menjadi identiti dan budaya warga kolej

LAGU KOLEJ
“MEREALISASIKAN KEUNGGULAN”

BERHIMPUN KAMI DI SINI
PENUH HARAPAN MURNI
MEMBINA JAYA DIRI
BEKAL HIDUP BERBAKTI
ANAK MALAYSIA SEJATI

IKRAR KAMI BERSAKSI
PENUH TEKUN MENGAJI
MEREALISASIKAN KEUNGGULAN
MENJANA KEMASYHURAN

RESTU PENDIDIK KAMI DAMBAKAN
ILMU BERKAT SEPANJANG ZAMAN
MENJADI KEBANGGAAN BANGSA
BERBAKTI KEPADA NUSA

Sejarah KOLEJ
17 Febuari 2014

Sewaktu penubuhan awal Kolej ini ia dikenali sebagai SMK Petaling Jaya

23 Mei 2016

SMK Petaling Jaya nama telah ditukar kepada Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya

14 Februari 2014

Kolej yang dibuka ini terhasil atas gabungan empat buah sekolah iaitu SMK Taman Medan, (L) Bukit Bintang, Sultan Abdul Samad, SS17 Subang Jaya dan La Salle PJ

2 Januari 2020

Kampus ini hanya dikhaskan untuk Pelajar Tingkatan Enam dan dilengkapi dengan fasiliti yang lengkap untuk pembelajaran yang lebih mantap

Sewaktu penubuhan awal Kolej ini ia dikenali sebagai SMK Petaling Jaya ( 17 February 2014 ) kini nama telah ditukar kepada Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya ( 23 Mei 2016 ) .

Kolej beroperasi pada 14 Februari 2014, ini terhasil atas gabungan empat buah sekolah iaitu SMK Taman Medan, (L) Bukit Bintang, Sultan Abdul Samad, SS17 Subang Jaya dan La Salle PJ pada 2 Januari 2020.

Kampus ini hanya dikhaskan untuk Pelajar Tingkatan Enam dan dilengkapi dengan fasiliti yang lengkap untuk pembelajaran yang lebih mantap.

Antara fasiliti yang ada didalam kampus ini ialah Padang, Perpustakaan, Makmal Komputer, Cafeteria, Bilik Guru, Bilik Kaunseling dan sebagainya.

VISI & MISI KOLEJ
VISI KPM

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

VISI SEKOLAH

MEMBERIKAN PENDIDIKAN BERKUALITI KEPADA SEMUA MURID KOLEJ TINGKATAN ENAM,PJ UNTUK MELAHIRKAN INDIVIDU YANG BERPOTENSI DALAM PELBAGAI BIDANG

MISI KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MISI SEKOLAH

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI SETIAP MURID SMK TUN PERAK ̧RAWANG BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.

Orang Pelajar

Tenaga Pengajar

Pasukan Pelaksana

Kolej Tingkatan Enam PJ

HUBUNGI KAMI
Kolej Tingkatan Enam, PJ
Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor
+603-77726570
Reach us on WhatsApp
1